Kes CEO GISB, 21 yang lain dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

MAHKAMAH telah menetapkan prosiding melibatkan 22 ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Lailatul Zuraida Harron @Harun membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini

Beliau membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun untuk memindahkan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Peguam bela Datuk Rosli Kamaruddin tidak membantah permohonan pemindahan itu.

“Bagaimanapun, untuk rekod mahkamah, tertuduh Azura dan Nasiruddin telah ditahan dalam kurungan bersendirian—Nasiruddin di Penjara Sungai Buloh dan Azura di Penjara Kajang selama lebih sebulan.

“Kami akan memfailkan permohonan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), disokong oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membatalkan perintah kurungan bersendirian dan meminta mereka ditempatkan di sel biasa. Kami meminta ini direkodkan oleh mahkamah,” kata Rosli.

Seorang lagi peguam bela, Najib Zakaria, berkata mereka juga akan memfailkan permohonan perintah gag (gag order) di Mahkamah Tinggi untuk menghalang perbincangan awam mengenai kes itu, yang boleh mengganggu prosiding.

Pada 23 Okt lepas, kesemua tertuduh didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang, GISB.

Tertuduh berusia antara 27 dan 72 tahun didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Related Posts

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sekali lagi menafikan dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing. Beliau berkata, dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

ROMPIN – Kerajaan terus mengiktiraf peranan dan suara masyarakat Orang Asli dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin