Resit restoran piza hina Islam, Polis Johor buka kertas siasatan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung insiden helaian resit dikeluarkan sebuah jenama restoran piza di tiga daerah ini yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut beliau, pihaknya telah mengesan penularan resit pesanan ‘tax invoice’ dikeluarkan beberapa buah restoran piza jenama sama bertarikh 19 dan 20 Disember lepas yang mana dipercayai ia dipesan oleh pelanggan sama.

“Laporan polis mengenai penularan tersebut telah diterima dan sebanyak tiga kertas siasatan berasingan telah dibuka. Kes masih di peringkat siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek terlibat giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Kumar berkata pihaknya memandang serius terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen agama dan menyentuh sensitiviti kaum di platform media sosial hingga membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian masyarakat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa akan diambil terhadap mana-mana individu dengan sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Terdahulu, tular resit pesanan restoran piza di Kluang, Muar dan Batu Pahat bertarikh 19 dan 20 Disember mengandungi kenyataan berbaur penghinaan itu.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melancarkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September ini bersempena sambutan Hari Malaysia 2026, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih