Harga ayam naik 50 sen kesan inflasi Nov 2024 meningkat 1.8%

KUALA LUMPUR – Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada November 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.3 berbanding 130.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan, peningkatan inflasi pada November 2024 didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama kesihatan (1.2 peratus) dan pengangkutan (0.4 peratus).

Manakala, inflasi makanan dan minuman meningkat pada kadar lebih tinggi 2.6 peratus berbanding 2.3 peratus pada bulan Oktober 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 2.6 peratus pada November 2024 (Oktober 2024: 2.3 peratus).

“Subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.6 peratus (Oktober 2024: 0.6 peratus) disumbangkan oleh inflasi kelas perbelanjaan daging yang merekodkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus (Oktober 2024: 1.4 peratus).

“Daging ayam segar yang merupakan komponen terbesar (32.6 peratus) dalam kelas perbelanjaan daging telah merekodkan kenaikan 4.8 peratus (Oktober 2024: 3.6 peratus).

“Berdasarkan pengumpulan data oleh pihak DOSM, purata harga ayam standard Malaysia pada November 2024 adalah RM10.41 sekilogram berbanding RM9.96 sekilogram pada November 2023 (Oktober 2024: RM10.63).

“Manakala, purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram berbanding RM9.17 sekilogram pada November 2023 (Oktober 2024: RM9.68),” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Di samping itu, subkumpulan utama makanan di luar rumah meningkat lebih tinggi kepada 4.8 peratus berbanding 4.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Antara item yang mencatatkan kenaikan lebih tinggi pada November 2024 ialah ayam goreng, masakan sayur dan sate.

Mohd Uzir menambah, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.

“Bagaimanapun, inflasi bagi lima negeri meningkat melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.9 peratus), Pahang (2.4 peratus), Selangor (2.1 peratus), Johor (1.9 peratus) dan Sarawak (1.9 peratus).

“Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.8 peratus) lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (2.8 peratus) dan Filipina (2.5 peratus). Manakala, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Indonesia (1.6 peratus), Republik Korea (1.5 peratus), Thailand (1.0 peratus) dan China (0.2 peratus),” katanya.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang