Hormati Perlembagaan Sabah, henti sebar fitnah – PKR Sabah

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengecam sekeras-kerasnya tindakan beberapa pihak yang membuat penyebaran berita palsu berkaitan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, penyebaran itu mendakwa bahawa pelantikan bekas Ketua Menteri Sabah itu merupakan perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata, PKR Sabah turut mengecam tindakan beberapa parti politik yang menyerang Perdana Menteri atas pelantikan tersebut.

“Seperti termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 1(1), Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara Baginda selepas perundingan dengan Ketua Menteri.

“Oleh itu, semua pihak perlu menghormati Perlembagaan negeri Sabah serta proses yang telah dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Razeef yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat berkata, PKR Sabah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda menyampaikan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 seterusnya pengurniaan pingat kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara di Istana Negara.

“PKR Sabah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Juhar Mahiruddin atas khidmat cemerlang beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah,” katanya.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran