Jalur Gemilang terbalik: Permohonan maaf penaja Zii Jia memadai, tiada niat hina negara – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Permohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu dianggap sudah memadai.

Bahkan, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan.

Beliau malah menganggap Zii Jia tidak berniat untuk menghina negara namun menggesa pengurus dan atlet lain agar mengambil serius isu itu bagi mengelakkan kesilapan sama berulang di masa hadapan.

“Buat masa sekarang, isu Zii Jia seperti yang saya katakan permohonan maaf telah dikeluarkan oleh Victor.

“Saya belum semak (jika Zii Jia dan pasukannya telah mengeluarkan permohonan maaf) sejak kejadian itu dan bagi saya, buat masa ini ia telah memadai.

“Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditugaskan untuk menyiasat perkara ini dan menyediakan draf untuk saya lihat dan kami akan maklumkan (mengenai garis panduan bagi memastikan isu seumpama itu tidak berulang),” katanya selepas Sidang Media Dana Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2025 di Putrajaya pada Khamis.

Sementara itu, beliau juga mendedahkan bahawa pasukan LZJ (Team LZJ) sedang menantikan pertemuan dengan beliau berhubung program Road to Gold (RTG) yang dijadual diadakan pada Januari ini, lapor Bernama.

Zii Jia menjadi tumpuan kontroversi apabila beliau memakai jersi dengan bendera Malaysia dijahit terbalik ketika beraksi dalam Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Hannah berkata, ia kemungkinan diadakan tahun depan memandangkan semua orang sedang berehat menjelang akhir tahun.

Sebelum ini, MSN memberi tempoh hingga 31 Disember ini kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk mengesahkan penyertaan Mohd Azizulhasni dalam Program Podium tahun depan.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil