Tiada siapa kebal undang-undang, reaksi Dr Dzul selepas tular menteri merokok di kedai makan

KUALA LUMPUR – Tiada sesiapa pun terkecuali daripada penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini susulan dakwaan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dikesan merokok di sebuah kedai makan.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad di platform X dalam respons terhadap gambar didakwa Mohamad merokok di kedai makan.

Beliau berkata, Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu akan dilaksanakan tanpa dwistandard.

Tetapi, Dzulkefly tidak mengesahkan sama ada individu dalam gambar itu ialah Mohamad atau mendedahkan tindakan khusus yang dikenakan.

Mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, sesiapa yang didapati merokok di kawasan larangan merokok boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, manakala pemilik perniagaan yang gagal mempamer papan tanda larangan merokok boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.

Seksyen 16 Akta 852 pula memperuntukkan individu merokok di kawasan larangan merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini