900 keluarga mangsa banjir di Kedah dapat perhatian SKM

JITRA – Sebanyak 900 keluarga yang terkesan dalam kejadian banjir di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar menerima bantuan bakul makanan dan keperluan rumah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), hari ini.

Bantuan itu disampaikan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SKM Prihatin dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri di Dewan Taman Seri Utama, dekat sini.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Shanmugam Mookan berkata, program ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir melalui penyediaan berupa barangan keperluan asas dan sokongan kepada komuniti dan anggota koperasi yang terjejas akibat bencana alam ini.

Beliau berkata, kesemua 900 set bakul makanan itu bernilai keseluruhannya RM60,000 manakala setiap keluarga menerima bakul makanan yang bernilai RM150 seorang.

“Selain SKM, Gerakan Koperasi Negeri Kedah dan Pulau Pinang turut menyumbang sebanyak RM20,000.

“Dianggarkan seramai 100 anggota dari enam koperasi yang terkesan banjir iaitu Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong Kedah Berhad, Koperasi Mukim Anak Bukit Kedah, Koperasi Kampung Alor Melintang Mukim Gunung Kedah Berhad, Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad, Koperasi Peserta Rancangan Felcra Kubang Palas Kedah Berhad dan Koperasi Felda Lubuk Merbau Kedah Berhad,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, setakat ini pihaknya sudah merangka pelan untuk membantu negeri-negeri yang terjejas oleh banjir, termasuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Kedah.

Beliau berkata, Kedah adalah negeri kelima yang menerima bantuan itu disebabkan banyak kawasan yang terjejas, dan pihaknya turun untuk membantu secepat mungkin.

“Di Kelantan, beberapa kawasan masih terjejas teruk, jadi kami masih menunggu keadaan reda sebelum masuk membantu.

“Kami menerima data dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan berdasarkan data itu, kami turun ke lapangan.

“Bantuan pasca banjir akan dilakukan sebaik air surut dan agensi-agensi utama telah menjalankan tugas mereka.

“Bagi keperluan bantuan, kami memilih negeri dan kawasan yang paling memerlukan. Contohnya, Kedah adalah salah satu negeri yang paling banyak terjejas,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta