80 mangsa banjir Kampung Suasa dipindah

BEAUFORT – Seramai 80 mangsa daripada 26 keluarga dari Kampung Suasa yang terkesan banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.02 petang sebelum operasi memindahkan mangsa dilakukan.

“Operasi pemindahan masih dijalankan bersama agensi penyelamat lain dari Kg Suasa ke Dewan Selagon Beaufort.

“Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menerusi perkongsiannya di Facebook rasmi memaklumkan, pemindahan itu dibuat berikutan kenaikan paras air Sungai Padas yang naik mendadak dan telah melepasi paras bahaya seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Beaufort.

Justeru, UPPM menyeru agar penduduk DUN Lumadan menghubungi Ketua Kampung atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk pemimpin tempatan bagi urusan perpindahan sekiranya khuatir kediaman mereka tidak selamat dan perlu dipindahkan.

UPPM juga memperingati masyarakat supaya memantau anak-anak agar tidak bermain dengan air banjir kerana risiko air akan semakin naik selain terdedah dengan penyakit.

Related Posts

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis