Kemuncak Hujan Meteor Geminids dijangka malam ini hingga subuh 14 Disember

KUALA LUMPUR – Kemuncak fenomena Hujan Meteor Geminids dijangka berlaku pada malam ini hingga subuh Sabtu dengan purata sehingga 150 meteor per jam.

Agensi Angkasa Negara (MYSA) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan di Malaysia, kenampakan hujan meteor ini sedikit terganggu oleh cahaya Bulan hampir purnama, bagaimanapun akan jelas kelihatan selepas Bulan terbenam iaitu kira-kira pukul 5.45 pagi sehingga sebelum Matahari terbit.

“Hujan Meteor Geminids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Gemini tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah serta berbeza dengan hujan meteor lain.

“Fenomena ini berlaku apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid 3200 Phaethon,” kata kenyataan itu.

Jelas MYSA, asteroid ini mempunyai kelebaran 6 kilometer (km) dan mengambil masa kira-kira 1.4 tahun untuk mengorbit Matahari.

“Jarak terdekatnya dengan Matahari adalah kira-kira 21 juta km, iaitu satu pertiga daripada jarak purata antara planet Utarid dengan Matahari.

“Ketika asteroid ini mendekati Matahari, keretakan terma (thermal fracturing) akan berlaku dan mengakibatkan serpihan 3200 Phaethon bertebaran di dalam orbitnya dan sebahagian serpihan tersebut akan masuk ke atmosfera Bumi pada kelajuan kira-kira 130,000km per jam dan seterusnya mengewap sebagai meteor Geminids yang berwarna-warni,” katanya.

Menurut MYSA, cerapan Hujan Meteor Geminids boleh dilakukan dengan pemandangan langit yang luas serta di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.

“Kawasan lebih gelap seperti tiada gangguan cahaya seperti lampu jalan adalah yang terbaik selain sesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 hingga 20 minit,” tambahnya.

Related Posts

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

MAJLIS Ulama UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak akan mempertahankan sebarang salah laku sekiranya terbukti berlaku di dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH). Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad berkata, parti itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan