Air longkang biru di Kangar berpunca premis jual cat

KANGAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis mengesahkan pencemaran air longkang berwarna biru berhampiran Jalan Raja Syed Alwi berpunca daripada sebuah premis menjual cat yang melepaskan air cucian bekas cat ke dalam longkang.

Pengarah JAS Negeri Perlis, Jamal Affendy Shahar berkata, aduan mengenai pencemaran itu diterima melalui panggilan telefon pada jam 2.50 petang tadi sebelum tular di media sosial Facebook.

“Pemeriksaan mendapati premis tersebut telah melepaskan air cucian cat ke dalam longkang berhampiran. Arahan segera telah dikeluarkan kepada pemilik premis untuk menghentikan pencemaran tersebut.

“JAS juga telah mengambil sampel air untuk dianalisis di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Negeri Kedah bagi tindakan penguatkuasaan lanjut di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM10 juta.

Tambah Jamal, JAS Perlis memandang serius aduan pencemaran alam sekitar dan komited untuk mengambil tindakan segera demi kesejahteraan rakyat.

Dalam kejadian berasingan, JAS turut menyiasat pencemaran gas klorin yang berlaku di Kampung Sena pada hari yang sama selepas aduan diterima melalui Facebook.

Menurut Jamal, kebocoran itu berpunca daripada kerosakan injap tangki cecair klorin di sebuah loji rawatan air berhampiran.

“Operator loji telah menutup injap tangki klorin pada jam 11.30 malam dan pemeriksaan mendapati tiada kebocoran susulan. Pemantauan udara menggunakan alat multi-gas detector juga tidak menemui kesan gas klorin di kawasan sekitar Kampung Sena.

“Namun, pemantauan akan diteruskan selama satu hingga dua hari bagi memastikan tiada kesan tinggalan gas klorin,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat negeri Perlis atas keprihatinan mereka terhadap isu penjagaan alam sekitar.

Related Posts

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang sekali gus mengundurkan diri daripada arena politik selepas hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

PENAMPANG – Keteguhan perpaduan dan kebersamaan adalah teras utama untuk maju bersama seterusnya memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji