Dua kereta hangus terbakar di dua lokasi

KOTA KINABALU – Dua kenderaan hangus terbakar dilaporkan di dua lokasi yang berbeza.

Daerah Semporna, dilaporkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX hangus terbakar di Jalan Kem Sri Wangsa pada pagi Isnin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, PPgB Madzlan Sarman tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Laporan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX telah terbakar 100 peratus.

“Sebaik jentera tiba pemilik kenderaan tiada di lokasi kejadian dan setelah dihubungi pemilik kenderaan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, pada Ahad malam, turut dilaporkan kebakaran kenderaan jenis Perodua Axia terbakar 20 peratus di Petronas Lintas Kepayan, Putatan. 

Menurut Ketua Balai BBP Putatan, PPgB Noor Sherriyana Bohari, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran telah dipadam oleh orang awam menggunakan satu unit alat pemadaman api (ABC) jenis debu kering.

“Tiada kemalangan jiwa yang terlibat dilaporkan. Laporan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia telah terbakar 20 peratus.

“Pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan kawasan kejadian memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku dan operasi tamat pukul 8.16 malam,” katanya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut