Pemuda GRS sedia hadapi ‘perang’ PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, para pejuang pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.

Menurut Jeffrey, GRS akan membuka ruang kepada pemuda untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana dilihat mereka kini sudah bersedia dan begitu juga untuk para wanita parti berkenaan.

“Kita akan berperang dalam politik, pastikan wira dan wirawati kita bertugas melakukan aktiviti dalam enam bulan ini untuk kita sedia bertarung dan tajamkan senjata politik, santuni rakyat berbagi kerusi dan jangan bergaduh.

“Pemimpin muda kita sudah tidak sabar untuk menjadi calon, kita akan beri peluang dan kalau boleh kita buka ruang untuk semua parti lokal bertanding dengan parti penceroboh.

“Jangan harap orang lain memimpin kita, kita pandai memimpin diri kita sendiri, jika bukan kita siapa lagi, jika bukan sekarang, bila lagi,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati agar para pemuda GRS menambahkan ilmu pengetahuan sebagai persiapan bakal pemimpin yang lebih berjaya di masa akan datang.

“Para pemuda adalah bakal pemimpin tetapi sebagai bakal pemimpin kita perlu ada ciri-ciri kepimpinan ‘to be inspired by other people’ dan kita juga perlu ilmu pengetahuan untuk memahami keperluan, perjuangan kita jika tidak orang lain akan mempengaruhi kita.

“Pemimpin harus tegas tanpa menjatuhkan maruah orang lain dan mesti menjana tenaga positif kepada sekeliling serta yang paling penting harus pandai menjadi pengikut kemudian memimpin dan menyatukan pasukan,” tegasnya.

Jeffrey berkata, tidak lama lagi Sabah akan menghadapi PRN tetapi tempoh pimpinan kerajaan GRS belum selesai, namum ada pihak yang tertentu mahu mempercepatkannya dan menggantikan mereka.

Jelasnya, pihak lawan mula menyerang dan memecah-belahkan dengan taktik kotor permainan mereka, yang sengaja mencari kesalahan seperti dalam video rasuah yang tular pada baru-baru ini melibatkan barisan kepimpinan Sabah.

“Mereka mahu Ketua Menteri berundur tetapi Ketua Menteri tiada salah maka kita akan menyokong kuat dan mempertahankan beliau.

“Kita akan bawa mereka bertarung di PRN, kita kalahkan mereka kerana Sabah ini bumi kita, rumah kita, jangan ganggu rumah kami, Sabah akan bersatu, jangan datang ambil kerusi kami,” katanya.

Related Posts

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

KUANTAN – Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, menganjurkan majlis bacaan Yassin dan tahlil khas untuk dua pelajar sekolah itu yang meninggal dunia akibat lemas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

PEKAN – Enam pelajar berusia 13 hingga 16 tahun ditahan kerana disyaki merusuh dan mencederakan pelajar lain dalam kejadian berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER