Video ‘whistleblower’ disunting, Masidi alu-alukan siasatan

KOTA KINABALU – Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mendakwa satu video ‘whistleblower’ yang mengaitkan dirinya telah disunting.

Masidi yang merujuk sebuah video dimuat naik sebuah portal berita hari ini berkata, beliau tidak ingat akan perbualan rakaman tersebut.

“Sekadar untuk makluman, saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting.

“Yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Sehubungan itu, Masidi mengalu-alukan
sebarang siasatan atas dakwaan itu oleh pihak yang berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi penyiasat.

Hari ini, video berdurasi 3 minit 48 saat tular di media sosial memaparkan perbualan Masidi dan pegawai khasnya bersama seseorang yang dipercayai berlaku pada 11 Januari tahun ini.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berpandangan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang