Semua calon SPM terjejas banjir dipindah, KPM kaji anjak peperiksaan luar musim tengkujuh

PROSES pemindahan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di semua negeri yang terjejas banjir selesai sepenuhnya tanpa ada yang tercicir, semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kesemua calon termasuk yang terperangkap sudah diselamatkan oleh pelbagai agensi.

“Alhamdulillah semua calon SPM kita berjaya pindahkan ke tempat selamat iaitu asrama menerusi Op Payung dengan bantuan pelbagai agensi.

“Kesemua calon yang ditempatkan di asrama diberi kemudahan terbaik termasuk buku, internet dan komputer disediakan.

“Saya berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu bertungkus lumus memindahkan calon SPM,” katanya pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas dan beberapa sekolah di Pasir Mas, Kelantan pada Isnin.

Katanya, fasa pertama membabitkan pemindahan pelajar sudah selesai manakala fasa kedua akan diberi tumpuan dari segi emosi pelajar berkenaan yang terjejas banjir.

“Kaunselor juga turut disediakan di asrama bagi pembugaran emosi pelajar,” katanya lapor media di Kelantan.

Dalam perkembangan sama, KPM juga akan mempertimbangkan SPM dianjak ke luar musim tengkujuh.

Fadhlina berkata, pihaknya mengambil perhatian terhadap maklum balas yang diterima berkait jadual SPM hujung tahun dan berdepan dengan keadaan cuaca hujan serta banjir.

“Kami akan melihat dan mempertimbangkan cadangan terbabit,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 pada Jumaat dapat terus memperkukuh ekonomi negara di samping meringankan beban sara hidup rakyat serta memelihara keamanan dan kestabilan nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada jam 3.30 petang ini dengan aspirasi untuk menggapai di langit serta mengakar di bumi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas