Mangsa banjir di 9 negeri menurun

PUTRAJAYA – Jumlah mangsa banjir telah menurun kepada 135,397 orang daripada 40,875 keluarga pagi ini berbanding 148,806 mangsa pada petang Ahad, di mana 632 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di sembilan negeri.

Menerusi semakan di laman portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa banjir iaitu seramai 86,089 mangsa di 254 PPS yang dibuka, di mana jajahan Pasir Mas menunjukkan jumlah mangsa teramai dengan 29,821 orang di 64 buah PPS.

Mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan.

Di Terengganu pula, seramai 37,243 mangsa banjir masih lagi berada di 263 PPS yang telah dibuka sejak 22 November melibatkan 10,359 keluarga daripada lapan daerah dengan daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 9,234 mangsa.

Di Perak, susulan kejadian banjir yang dilaporkan di Ipoh melibatkan empat daerah pada Ahad, sembilan PPS telah dibuka menempatkan 511 mangsa daripada 161 keluarga, yang mana daerah Kinta paling teruk terjejas dengan 351 mangsa banjir yang direkodkan.

Sementara itu, susulan kejadian banjir yang melanda kawasan Raub, Jerantut dan Lipis, jumlah mangsa banjir di negeri itu telah meningkat kepada 1,547 orang daripada 506 keluarga berbanding 473 mangsa pada pagi Ahad melibatkan 24 buah PPS yang dibuka.

Dalam pada itu, menurut makluman daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, banjir dijangka berlaku di sekitar Sungai Pahang di Jerantut melibatkan kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Kuala Retang, Kampung Sepial, Kampung Tanjung Bungor, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Bantal Seberang, Kampung Batu Balak, Kampung Keluang, Kampung Sungai Yap, Kampung Pasir Durian dan Kampung Doja.

“Empat sungai di Kedah termasuk Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu, serta Sungai Anak Bukit Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit Taman Aman di Kota Setar berada menunjukkan peningkatan aras air di dalam paras bahaya.

“Selain itu, tiga sungai di Kelantan telah menunjukkan aras air melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Golok, di Rantau Panjang (1.74 meter melebihi paras bahaya), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (1.08 meter melebihi paras bahaya) dan Sungai Sokor di Kampung Sokor, Tanah Merah (0.63 melebihi paras bahaya),” ujar kenyataan itu.

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi