Anwar ambil maklum kebimbangan pelajar tak dapat biasiswa

PUTRAJAYA – Kebimbangan seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berasal dari Sabah mengenai kemungkinan dia tidak akan menerima biasiswa kerana ibunya belum mendapat taraf pemastautin tetap (PR), mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disuarakan Stephanie Juditha Sebastian ketika sesi dialog bersama Perdana Menteri pada Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Stephanie berkata walaupun dilahir dan dibesarkan di Sabah, ibunya sehingga kini belum memperoleh kewarganegaraan Malaysia walaupun pelbagai usaha dilakukan sejak 1990.

“Isu kewarganegaraan adalah ‘famous’ di Sabah. (Contohnya), ibu saya dilahirkan dan dibesarkan di Sabah tetapi sehingga kini dia belum mendapat PR.

“Ini sangat merisaukan saya kerana untuk memohon biasiswa (antara syarat) kedua-dua ibu bapa kena ada kewarganegaraan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau memaklumkan pernah menyuarakan isu itu kepada Menteri Dalam Negeri tahun lalu, tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

Anwar kemudian meminta pelajar itu menyerahkan surat rasmi berserta dokumen lengkap kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk tindakan lanjut.

Ahmad Zahid yang hadir pada sesi dialog itu seterusnya meminta pelajar berkenaan menyerahkan surat terbabit terus kepadanya.

“Bagi surat pada uncle…. biar uncle selesaikan,” kata Ahmad Zahid.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan