
SANDAKAN – Laluan kedua-dua arah dari bulatan Jalan Nasalim dan Jalan Libaran ditutup kerana dinaiki air susulan hujan yang berterusan di sini pada Rabu.
Hebahan itu dibuat menerusi Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.
Bagaimanapun, laluan dari arah Bulatan Libaran menuju ke Bulatan Nasalim masih boleh dilalui oleh pengguna jalan raya.
Manakala, laluan dari Bulatan Nasalim menghala ke Bulatan Libaran telah ditutup sepenuhnya.
“Pemantauan akan dijalankan secara berterusan dan perkembangan terkini akan dilaporkan dari semasa ke semasa.
“Sekiranya laluan sebelah jalan dapat dilalui semasa waktu puncak, pihak polis akan melaksanakan kaedah ‘Contra Flow’ bagi mengurangkan kesesakan,” kata kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi arahan petugas dan sentiasa bersabar semasa memandu dalam keadaan cuaca hujan yang tidak menentu.





