PM bakal umum projek rumah mampu milik bernilai RM13 bilion

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperkenalkan projek rumah mampu milik bulan depan dengan pelaburan RM13 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

“Pelaburan yang besar ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjadikan perumahan mudah diakses oleh semua, terutamanya penjawat awam yang akan diberi peluang memiliki rumah mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat projek naik taraf Pasar Siti Khadijah di sini pada Rabu.

Tambahnya, Anwar akan mendedahkan butiran skim perumahan itu dalam pengumumannya.

Seramai 688,663 orang atau 52.95 peratus daripada 1.3 juta penjawat awam di seluruh negara belum memiliki rumah dengan majoritinya adalah dalam kalangan kumpulan pelaksana iaitu sejumlah 431,277 orang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan angka terkini, terdapat kira-kira 1,300,680 juta penjawat awam masih berkhidmat, manakala 950,356 telah bersara.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan