Rombakan Exco Perlis: Prestasi cemerlang tapi digugurkan

ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak mendedahkan bahawa tiada alasan jelas diberikan berhubung penggugurannya daripada jawatan Exco negeri Perlis selain mendakwa ia disebabkan faktor politik.

Menurut Wan Zikri, beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan tersebut dua hari sebelum istiadat pelantikan dan rombakan barisan Exco berlangsung, iaitu pada Sabtu lalu.

“Saya tak pasti apa alasan sebenarnya… Orang yang selayaknya menjawab ialah Menteri Besar.

“Saya tanya apakah sebab prestasi saya. Menteri besar kata, prestasi saya cemerlang, tetapi pengguguran ini adalah disebabkan faktor politik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, beliau secara jujur berharap agar Menteri Besar selepas ini bertindak lebih berani kerana itu adalah kuasanya untuk menentukan Exco negeri.

Terdahulu, Wan Zikri dan ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan, digugurkan daripada barisan Exco Perlis dalam rombakan kerajaan negeri yang diumumkan hari ini.

Beliau berpendapat bahawa keputusan menggugurkannya dibuat pada saat-saat akhir dan sepatutnya dimaklumkan lebih awal oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

“Menteri Besar patut maklumkan lebih awal, jangan pada saat akhir. Isnin lalu ada mesyuarat Exco, boleh saja diberitahu. Keputusan ini memberi kesan kepada pihak yang bekerja dengan saya, mereka ada isteri, keluarga.

“Takkan saya nak buang pekerja saya begitu saja,” tambahnya.

Rombakan tersebut menyaksikan tempat mereka digantikan oleh ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dan ADUN Sena, Marzita Mansor.

Wan Zikri tidak menafikan beliau kecewa dengan keputusan tersebut, lebih-lebih lagi kerana banyak perancangan yang telah disusun untuk tahun hadapan.

“Tipulah kalau saya kata tak kecewa, apatah lagi saya sudah membuat banyak perancangan untuk tahun depan,” ujarnya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar