Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP

SINGAPURA – Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, hari ini.

Hsien Loong yang juga Menteri Kanan, sudah menyerahkan jawatan Perdana Menteri Singapura kepada penggantinya, Lawrence Wong pada Mei lalu.

Pengunduran beliau itu dibuat pada sambutan majlis jamuan makan malam dan anugerah ulang tahun ke-70 PAP di Singapore Expo pada Sabtu, membuka jalan kepada Lawrence untuk mengambil alih tugas sebagai Setiausaha Agung.

Pada majlis anugerah yang sama, lapor Berita Minggu Singapura, seramai 448 aktivis PAP diiktiraf atas dedikasi dan sumbangan mereka.

Satu segmen pada program itu didedikasikan kepada Hsien Loong dengan tayangan video memaparkan penghormatan daripada ahli parti semasa beliau menerajui parti itu.

“Apa sahaja yang saya lakukan sebagai Setiausaha Agung dan sebagai Perdana Menteri, saya lakukan dengan bantuan dan sokongan anda dan tidak mungkin dilakukan tanpanya.

“”Ini satu penghormatan dan keistimewaan yang besar untuk perkhidmatan saya. Saya sangat gembira kerana kita telah sampai ke tahap ini. Saya berterima kasih kepada anda,” katanya.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menggesa kepada semua ahli untuk ‘bekerja keras’ pada pilihan raya umum akan datang.

Hsien Loong, 72, mula dilantik sebagai Setiausaha Agung parti pada November 2004 iaitu tiga bulan selepas beliau menjadi Perdana Menteri Singapura pada Ogos tahun yang sama.

Beliau berkhidmat dengan PAP dan kawasan undi Teck Ghee selama 40 tahun sejak 1984. Beliau mengetuai 10 Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu secara berturut-turut sepanjang 20 tahun.

Sejak itu, beliau telah mengetuai 10 Jawatankuasa Eksekutif Pusat atau CEC secara berturut-turut iaitu badan pembuat keputusan tertinggi parti, sepanjang tempoh 20 tahun.

Pada konvensyen PAP tahun lalu Hsien Loong berjanji akan menyerahkan kepimpinan parti kepada Lawrence menjelang persidangan tahun ini, yang juga menandakan ulang tahun ke-70 PAP.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun