Rombengan, nasi bambong Taman Tikus Tawau bakal tinggal kenangan

TAWAU – Lebih 50 gerai jualan pakaian terpakai ‘bundle’ atau ‘rombengan’ termasuk jualan makanan nasi bambong di Taman Tikus, Sabindo yang beroperasi sejak lebih 20 tahun, bakal tinggal kenangan buat para pelanggan setianya.

Gerai-gerai ini akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC).

Pelanggan setia nasi bambong Taman Tikus, Hasmawati Bakri, 29, berkata, gerai nasi bambong merupakan pilihannya bersama keluarga apabila berkunjung ke Tawau dari Kinabatangan.

“Kami kerap bercuti ke Tawau dan selalu ke sini (Taman Tikus) untuk makan sebab gerai di sini menawarkan harga makanan serendah RM4 dengan lauk yang pelbagai dalam satu pinggan.

“Macam tidak percaya bila dengar mahu dirobohkan tapi di mana pun mereka berpindah, saya akan cari nanti sebab saya sangat suka makanan di sini yang memang sedap dan memuaskan,” katanya kepada The Malaysia Press di Gerai Nasi Bambong Kak Kasmah di Taman Tikus Sabindo, baru-baru ini.

Seorang lagi pelanggan setia nasi bambong, Riki Manik, 34, berkata, gerai di Taman Tikus itu menjadi pilihan kerana beraneka makanan dan kena dengan selera iaitu cita rasa kampung.

“Saya dan isteri dari Kampung Lihak-Lihak Semporna memang akan datang ke sini untuk makan tengah hari selepas menghantar hasil kebun kami. Dalam seminggu ada empat kali kami akan ke Tawau.

“Tempat ini memang ‘legend’ sebab sambil-sambil kita boleh memilih ‘rombengan’ atau tunggu jahit seluar, kita boleh terus duduk juga makan,” katanya.

Sementara itu, Bungania Masduki, 60-an berkata, dia yang telah berniaga pakaian terpakai di Taman Tikus lebih 18 tahun itu setakat ini mengambil keputusan untuk berehat sementara apabila dimaklumkan gerai akan dirobohkan.

“Kami dimaklumkan untuk mengosongkan gerai sehingga hujung bulan ini dan setakat ini ramai peniaga telah mendapat tempat baharu di kawasan Jalan Damai.

“Alhamdulillah di sini pendapatan pun baik dan harap semua peniaga-peniaga dapat pendapatan yang lebih baik di tempat baharu,” ujarnya.

Tinjauan The Malaysia Press ke Taman Tikus Sabindo mendapati gerai makanan dan gerai jualan pakaian terpakai itu masih mendapat perhatian masyarakat kerana beroperasi di pusat bandar bagaimanapun dapat dilihat beberapa peniaga juga tidak membuka gerai.

Pada Jun lalu, Majlis Pecah Tanah TICC yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor itu merupakan mercu tanda baharu di Tawau yang akan menjadi tarikan pelancong ke daerah ini.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan