Remaja terima 40 jahitan angkara telefon bimbit

RAUB – Angkara telefon bimbit, tiga pelajar ditahan di sekitar Raub pada Sabtu kerana disyaki mencederakan seorang remaja hingga menerima 40 jahitan di kepala, Jumaat lalu.

Ketua Polis Raub, Mohd Shahril Abd Rahman berkata, mangsa berusia 14 tahun itu membuat laporan pada 11.18 pagi pada Sabtu mendakwa dipukul tiga lelaki dikenalinya sekitar 10.15 malam Jumaat lalu di Taman Sempalit Aman, Raub.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati tiga remaja berusia 16 hingga 17 tahun itu tidak berpuas hati kerana mangsa tidak menggantikan telefon bimbit baharu yang dirosakkan adik lelakinya secara tidak sengaja beberapa minggu lepas.

Mangsa mendakwa dipukul menggunakan tangan sebelum terjatuh ke longkang. Usaha mengesan saksi kejadian sedang dijalankan untuk membantu siasatan, katanya.

Shahril berkata, tiga pelajar itu direman dua hari bermula kelms run bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Raub di talian 09-3552 222.

  • Related Posts

    Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

    JOHOR BAHRU – Seramai 19,471 pengundi awal atau 94.49 peratus daripada keseluruhan pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 telah menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

    JOHOR BAHRU – Sebanyak 18 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka Polis Johor hasil daripada 56 laporan polis yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

    Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

    18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

    18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

    Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

    Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

    Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

    Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

    Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

    Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

    Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

    Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang