Senator Dewan Negara pilih Speaker baharu hari ini

KUALA LUMPUR – Senator akan mengundi Yang Dipertua baharu selepas Dewan Negara bersidang bermula hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat, pelantikan itu akan diadakan selepas beberapa senator mengangkat sumpah dan sebelum sesi soal jawab lisan bermula.

Jawatan itu kosong sejak Mutang Tagal meninggal dunia 10 Mei lalu, hanya tiga bulan selepas pelantikannya.

Mutang mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik Yang Dipertua Dewan Negara.

Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas dan peguam itu meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas jatuh sakit ketika lawatan kerja ke Azerbaijan.

Minggu lalu, bekas ADUN Nangka, Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah sebagai senator dan beliau disebut-sebut akan menjadi Speaker Dewan Negara baharu.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg sebelum ini mengesahkan seorang rakyat Sarawak akan dilantik Speaker Dewan Negara.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan