Remaja OKU dirogol bapa hingga lahirkan anak

DUNGUN – Seorang buruh tergamak merogol anak kurang upayanya sehingga melahirkan bayi.

Ketua Polis Dungun, Maizura Abdul Kadir, berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas remaja 13 tahun itu mengadu sakit perut dan dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.

“Pada mulanya mangsa dibawa ke klinik Ketengah Jaya selepas mengadu sakit perut, namun pihak klinik terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya hamil.

“Kanak-kanak itu melahirkan seorang bayi kira-kira 7 malam ketika dirawat di klinik tersebut dan segera dikejarkan ke Hospital Dungun,” katanya.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, polis kemudiannya menahan buruh berusia 45 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun dan suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan