Mufti Kedah: Islam larang aib, komen negatif terhadap orang meninggal dunia

ALOR SETAR – Mendedahkan keaiban serta memberi komen negatif terhadap individu yang sudah meninggal dunia sangat dilarang dalam Islam.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, tindakan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan tidak wajar menjadi amalan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, hadis Nabi juga menyatakan agar setiap umat Islam menyebut perkara-perkara baik terhadap individu yang sudah meninggal dunia.

“Amalan seperti itu tidak direstui. Nabi juga menyuruh kita sebut benda-benda baik yang mereka telah lakukan berbanding menyebut benda yang tidak elok, itu dilarang dalam Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penganugerahan tauliah mengajar agama Islam negeri Kedah 2024 hari ini.

Syeikh Fadzil berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir netizen yang memuat naik komen negatif dan tidak harmoni berhubung kematian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Daim yang juga ahli politik veteran dan ahli perniagaan meninggal dunia pada usia 86 tahun sekitar jam 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada Rabu.

Pemergian Allahyarham mendapat perhatian banyak pihak termasuk pemimpin negara yang mengutuskan ucapan takziah termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan kerajaan mengiktiraf jasa serta sumbangan Daim kepada negara terutama ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan.

Dalam pada itu, Syeikh Fadzil menasihatkan orang ramai agar tidak mendedahkan keburukan orang yang sudah meninggal dunia atau mengungkit perkara lalu.

“Sekiranya mahu menyebut tentang orang yang sudah meninggal dunia, sebutlah perkara yang elok dan tidak aibkan.

“Perkara yang tidak elok, tak perlu sebut atau ungkit, elok diamkan sahaja.

“Kita tak setuju dengan perbuatan itu kerana tindakan sedemikian bercanggah dengan Islam,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff