ADUN Rembia sedia diheret ke mahkamah

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis membidas kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kononnya bukti menunjukkan beliau telah melanggar akuan bersumpah (SD) serta Perjanjian Penamaan Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15 pada 2021.

Beliau juga mendakwa UMNO menggunakan taktik buruk yang tidak selari dengan undang-undang dan perlembagaan serta bersedia menentang dan mendedahkan perkara itu di mahkamah demi manfaat ahli yang lain.

“Saya bersedia membersihkan ini di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.

Terdahulu, menerusi rakaman video yang dimuat naik di media sosial Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, beliau telah menunjukkan SD serta salinan asli Perjanjian Penamaan Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Melaka yang ditandatangani Jailani pada 2021.

Menurutnya lagi, berdasarkan perjanjian tersebut semua calon BN yang bertanding dalam PRN itu perlu meletakkan jawatan sebagai ahli parti dan mengosongkan kerusi yang dimenangi sekiranya mereka bertukar parti atau menukar haluan daripada menyokong BN dan parti komponennya.

“Bayar semula kepada BN berjumlah sebanyak RM100 juta. Ini ada kesannya, kita sudah ada kes Mahkamah Tinggi memutuskan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamarudin membayar RM10 juta”

Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kemasukan Jailani yang sebelum ini digantung keahlian UMNO, ke dalam parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu.

UMNO juga telah menggantung keahlian Muhammad Jailani selama enam tahun kerana melakukan sabotaj terhadap parti berikutan dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor tahun lalu.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi