Tekong tempatan cuba seludup petrol 600 liter ditahan

KUALA PERLIS – Seorang tekong warga tempatan berumur 26 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana disyaki cuba menyeludup keluar lebih 600 liter minyak petrol dalam bot fiber, lewat petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, bot ronda Zon Maritim yang sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris mengesan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 1.09 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa 16 tong hitam berisi petrol yang dianggarkan 20 liter setiap satu, tiga tong biru berisi 30 liter setiap satu dan satu tong putih berisi 200 liter, di mana jumlah keseluruhannya melebihi 600 liter.

“Suspek memberikan alasan bahawa minyak itu adalah untuk kegunaan sendiri, namun siasatan awal menunjukkan ia berkemungkinan besar untuk aktiviti penyeludupan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan, Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 49 Akta Kastam 1967.

Kesemua hasil tangkapan bersama suspek telah dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.

Menurut Mohd Hashim, modus operandi penyeludupan minyak ini melibatkan pengisian di stesen-stesen minyak tempatan dengan menggunakan kenderaan yang berbeza sebelum dibawa ke bot.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim di perairan negeri ini dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan 999.

Related Posts

Sabah Electricity, PDRM perkukuh keselamatan elektrik anggota di lapangan

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah memperkukuh kerjasama meningkatkan kesedaran keselamatan elektrik dalam kalangan anggota polis di lapangan. Ketua Pegawai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baka lembu berkualiti mampu tingkat pendapatan penternak Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Penggunaan baka lembu berkualiti tinggi berpotensi meningkatkan produktiviti serta pendapatan penternak lembu pedaging di negeri ini, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99