Gabungan beberapa faktor layakkan U Mobile dipilih penyedia 5G kedua – MCMC

PUTRAJAYA – Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Antara faktor itu adalah seperti rancangan perniagaan dan teknikal yang dikemukakan, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi syarikat dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

Faktor lain yang turut diambil kira adalah sumbangan syarikat kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 1 dan Projek Penaiktarafan 4G yang selaras dengan komitmen MCMC meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan.

“Melalui pemilihan itu, tanggungjawab pengawalseliaan terhadap U Mobile boleh dikuatkuasakan mengikut pematuhan ditetapkan dan sekiranya terdapat ketidakpatuhan maka penalti akan dikenakan,” katanya.

Pada 1 November lalu, MCMC menerusi satu kenyataan mengumumkan pemilihan berkenaan dibuat bertujuan untuk memastikan manfaat penuh teknologi 5G sampai kepada orang ramai, industri serta negara.

Suruhanjaya itu menjelaskan, sebagai penyedia rangkaian 5G kedua U Mobile dibenarkan untuk bekerjasama dengan rakan ekosistem lain, namun tertakluk kepada kelulusan MCMC.

“MCMC akan sentiasa menilai kerjasama tersebut untuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat Malaysia,” katanya.

Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki U Mobile, MCMC berkata, menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan kepada suruhanjaya berkenaan sekiranya terdapat sebarang perubahan pegangan saham asing syarikat.

Suruhanjaya itu berkata dengan penubuhan rangkaian 5G kedua, MCMC membuka jalan bagi fleksibiliti dan keterangkuman perkhidmatan lebih menyeluruh pada masa hadapan.

“Perkembangan ini menggalakkan persaingan dan mengukuhkan ketahanan industri serta membolehkan rakyat Malaysia menikmati sambungan berkelajuan tinggi pada harga berpatutan,” katanya.

MCMC berkata, bagi memastikan landskap telekomunikasi negara yang kukuh dan boleh dipercayai pada masa depan, suruhanjaya itu akan terus memantau standard kualiti dalam kalangan semua penyedia perkhidmatan.

Related Posts

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) sedang meneliti pelaksanaan mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar bagi Sabah dan Sarawak, seumpama BUDI95. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu masih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

PM arah aktiviti kerajaan dilaksanakan pada skala sederhana

PM arah aktiviti kerajaan dilaksanakan pada skala sederhana