Pemulangan aset 1MDB: PAC akan panggil Guan Eng, Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua bekas Menteri Kewangan bagi melengkapkan prosiding berkenaan komitmen pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, dua bekas menteri tersebut, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Lim Guan Eng dijangka dipanggil pada minggu ketiga bulan ini.

Menurutnya, PAC pada Isnin lepas telah mengadakan prosiding mengenai Komitmen Pemulangan Aset 1MDB Dan Jaminan Pembiayaan Hutang syarikat tersebut.

Tambah beliau, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood dan Ketua Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah memberi keterangan ketika prosiding berkenaan.

“Dalam prosiding yang mengambil masa selama dua jam, PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.

“Bagi melengkapkan prosiding ini, PAC akan memanggil Tengku Zafrul, bekas Menteri Kewangan (2021–2022) yang kini merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI); Guan Eng, bekas Menteri Kewangan (2018 hingga 2020); Asri, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (2020–2023); dan firma guaman RDS Partnership.

“Ia untuk memberikan penjelasan berhubung usaha mendapatkan aset 1MDB semasa mereka berada dalam Jawatankuasa Khas 1MDB. Prosiding dijangka akan diadakan pada minggu ketiga November 2024,” katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen pada Rabu, lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, beliau berkata, PAC telah mendengar keterangan dua individu berhubung Pengurusan Akaun Belum Terima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Dua individu tersebut adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

“Prosiding ini akan disambung semula pada minggu ketiga November 2024,” katanya.

Katanya lagi, PAC juga membentangkan Laporan Tindakan Susulan Menteri Kewangan (Diperbadankan), Kementerian Kewangan Malaysia Dan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Bagi Syor-Syor Laporan PAC Parlimen Berhubung Felcra Berhad pada Rabu.

“Orang ramai boleh membaca tindakan yang diambil oleh MOF dan Felcra atas syor-syor laporan PAC berhubung Felcra yang telah dibentangkan pada 26 Jun 2024.

“Manakala esok, PAC akan membentangkan Laporan berhubung Majlis Profesor Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri setebal 278 mukasurat.

“Prosiding ini telah diadakan pada 1 Ogos 2024,” katanya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK