Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran

TAWAU – Seorang warga emas lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Air, Lorong Cempaka, Batu 4, di sini, pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Salleh Alih, 60, ditemui rentung oleh orang awam kira-kira pukul 2.04 petang di bahagian dapur rumah.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan pukul 6.59 pagi sebelum 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati sebuah rumah jenis tidak kekal atas air terbakar sepenuhnya dan pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan sumber air terbuka,” katanya.

Operasi kemudian ditamatkan sebaik memastikan kawasan sekitar selamat.

Related Posts

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah agar isu eksport pasir sungai diteliti secara menyeluruh oleh kerajaan Persekutuan. Menteri Besar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

MIRI – Usaha sedang giat dilaksanakan bagi mewujudkan perkhidmatan bas terus yang menghubungkan Miri dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (BWN) dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan serta meningkatkan kemudahan pengangkutan rentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti