Penumpang maut, pikap bawa muatan ikan terjunam dalam sungai

TAWAU – Penumpang maut selepas pikap membawa muatan ikan dinaiki terjunam ke dalam sungai di Batu 2 Jalan Apas, pagi Ahad.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, mangsa berumur 32 tahun bersama pemandu kenderaan, 31, dalam perjalanan ke Pasar Ikan Tawau dari Kudat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata semasa di tempat kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang besi jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai.

“Salah seorang daripada mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan seorang lagi diselamatkan oleh pasukan bomba.

“Pemandu hanya mengalami kecederaan ringan manakala penumpang telah disahkan meninggal dunia ketika rawatan di Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Jasmin, pemandu Isuzu Dmax itu kini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta. Syarikat yang dinamakan adalah GoodFood Industries…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di sini. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka