Kerjasama PH-BN diteruskan penggal hadapan

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu kerjasama pada pilihan raya umum akan datang berikutan kestabilan politik yang dikecapi negara ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pada ketika ini amat sukar untuk mana-mana parti menguasai sepenuhnya dengan majoriti selesa dan landskap politik Malaysia mampu dianggap stabil dari segi politik di rantau ini.

“Ini (kestabilan) sebab Malaysia adalah antara negara yang paling mudah diterima oleh negara BRICS asal dari kalangan 30 negara yang memohon,” katanya.

Menurutnya, kestabilan politik juga menyebabkan Malaysia mempunyai dasar kerajaan yang jelas dari segi pelan digital, semikonduktor, peralihan tenaga dan sebagainya.

Anwar berkata, dasar-dasar ini disokong oleh pentadbiran yang cekap dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara yang baharu, yang mahukan perubahan dalam kalangan penjawat awam.

“Jika ini dipersetujui dan seperti yang kita dapati konsensus dalam Kabinet, saya rasa wajar kita mencari jalan untuk meneruskan kerjasama antara PH dan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Temu Anwar Generasi Ada Idea (Gen-AI) di Gravitas Business Park, Jalan Baru Prai, Pulau Pinang.

Turut hadir Timbalan Menteri Perhubungan Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh