Jenayah ilmu sedang merebak?

PERMAINAN kotor pembangkang dalam isu kosa kata ketimbang memberi kesan buruk yang panjang ke atas tradisi keilmuan dan keilmuwan.

Mungkin ada pihak melihat isu itu isu biasa namun akal yang waras tentu menafikan tanggapan itu.

Bermula dengan melihat itu perkara yang nipis; isu itu sebenarnya perlu dilihat sebagai isu besar.

Itu isu berat yang perlu diberi perhatian serius!

Niat mereka ‘menganjing’ Perdana Menteri (PM), namun pembangkang sebenarnya melumur najis pada halaman ilmu.

Kenapa dikatakan itu sedemikian?

Cuba lihat apa sedang berlaku – kedangkalan berkaitan kosa kata ketimbang disebarkan dengan meluas.

Penyokong pembangkang sedang menggunakan ketimbang melalui penciptaan lirik lagu dan perbualan tertentu dalam media sosial.

Mereka tidak peduli akan tanggungjawab memelihara ketinggian nilai ilmu menyebabkan keilmuan menjadi bahan lawak.

Penyokong pembangkang juga tidak menghiraukan teguran ilmuwan, menyebabkan keilmuwan terasa begitu terpinggir.

Inikah yang pemimpin pembangkang mahu lihat?

Adakah yang membawa isu itu ke Parlimen baru-baru ini dengan rumus yang songsang itu sedang menikmati kejayaan merosakkan keilmuan ini?

Inikah yang ‘pejuang’ pembangkang seperti Doktorkerusi mahukan?

Adakah dia sedang meraikan kejayaan merosakkan keilmuwan dengan cara menganjing ke atas PM – insan yang bekerja kuat meletakkan bahasa dan sastera di tempat yang tinggi?

Inikah yang ahli parlimen itu dan ‘pentiktok’ pembangkang serta soldadu dan penyokong pembangkang mahu lihat?

Adakah mereka sememangnya berniat meruntuhkan negara dari dua aspek ini – keilmuan dan keilmuwan?

Jika itu yang mereka mahukan, nampaknya itu sedang berada pada landasannya.

Sebahagian besar golongan muda kelihatan lebih tertarik dengan rumus ciptaan pembangkang bahawa ketimbang itu gabungan kosa kata kencing, tipu, dan sembang.

Mereka tidak sedar bahawa yang sebetulnya ketimbang itu penyerapan kosa kata yang digunakan orang Jawa – satu daripada komponen masyarakat di negara ini.

Walaupun ada pihak yang berjati diri berkomentar tentang hal ini, golongan muda kelihatan lebih tertarik menelan racun bancuhan pembangkang.

Hal ini akan memberi cabaran besar kepada guru-guru dalam banyak sesi di sekolah nanti.

Murid akan ‘menganjing’ isu ini di sekolah sebagaimana hebatnya sifu daripada kalangan pembangkang bersifat huduh di parlimen dan dalam media sosial.

Maka jelaslah bahawa bahawa jenayah ilmu sedang tersebar.

Tidak kelihatan tanda itu akan berakhir kerana penyebarannya dilakukan secara rencam.

Dari segi ini pembangkang sangat berjaya.

Ya, mereka berjaya merosakkan bahasa kebangsaan sekali gus mencemarkan keilmuan dan keilmuwan.

Inilah sebenarnya ‘kehebatan’ pembangkang pada era Malaysia Madani.

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang tidak pernah benar-benar menjauh daripada rakyat. Negarawan yang memahami politik bukan sekadar sebagai permainan kuasa, tetapi sebagai perjalanan panjang yang dibentuk oleh pengalaman.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin