24 warganegara China dihantar pulang dari Lapangan Terbang Tawau

TAWAU – Seramai 24 warganegara China dihantar pulang melalui udara dengan penerbangan langsung ke Guangzhou menerusi Lapangan Terbang Tawau di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata mereka dihantar pulang menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi kategori usir melalui udara yang melibatkan tahanan warganegara China lelaki dewasa berumur antara 31 hingga 64 tahun.

“Dari 24 tahanan tersebut, seramai 20 orang dikenakan hukuman kompaun RM10,000 setiap seorang, sementara empat orang lagi dipindahkan tanpa hukuman akibat faktor usia.

“Kesemua mereka melanggar seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

“Sejak awal tahun 2024, JIM Sabah telah memindahkan 34 orang warganegara China dan secara keseluruhan 256 orang PATI melalui pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Sitti Saleha, sehingga 30 Oktober, sebanyak 98 operasi pemindahan dilaksanakan yang melibatkan 6,873 PATI iaitu terdiri daripada 4,925 orang lelaki dewasa, 1,159 orang perempuan dewasa, 450 orang kanak-kanak lelaki dan 339 orang kanak-kanak perempuan dari seluruh negeri Sabah.

Beliau turut mengingatkan agar semua majikan yang menggaji pekerja asing adalah diingatkan untuk memastikan semua pekerja yang masuk mempunyai Pas (PLKS) yang sesuai untuk bekerja di negeri Sabah.

“Selain itu adalah diingatkan juga, agar semua individu yang memegang Pas Lawatan Sosial (PLS) bagi tujuan melancong tidak menyalahgunakan pas untuk tujuan lain atau tinggal lebih masa dari tempoh yang dibenarkan yang boleh menyebabkan mereka didakwa dan disenarai hitam untuk masuk semula ke negeri Sabah seterusnya Malaysia sekiranya melanggar syarat-syarat pas yang ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, JIM Sabah komited untuk terus menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik