2,710 angka kematian terbaharu Lubnan

BEIRUT – Jumlah mangsa yang terkorban akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak Oktober tahun lalu telah meningkatkan kepada 2,710 kematian, manakala 12,592 yang lain, lapor Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, sekurang-kurangnya 38 orang terkorban dan 124 yang lain cedera berikutan serangan rejim Israel yang menyasarkan selatan dan utara Lubnan.

Selain itu, sekurang-kurangnya 35 roket dilancarkan dari Lubnan menyasarkan Teluk Haifa dan utara Israel, kata tentera Israel pada Isnin. 

“Berikutan siren yang dibunyikan di kawasan Galilee Barat dan Galilee Atas, kira-kira 30 peluru dikenal pasti melintasi dari Lubnan ke wilayah Israel.

“Bunyi siren dibunyikan beberapa kali di Haifa, Akko, dan pekan di seluruh Galilea Barat dan Atas, beberapa peluru telah dipintas. Peluru yang jatuh dikenal pasti di kawasan itu,”  kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan berasingan, tentera berkata berikutan siren di kawasan Upper Galilee dan Haifa Bay, kira-kira lima peluru telah dikenal pasti melintasi dari Lubnan ke wilayah Israel.

Susulan itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan beberapa roket telah dipintas manakala yang lain jatuh di kawasan lapang, tambahnya.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak