PLUS aktif 21 ‘smart lane’ sempena Deepavali

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 21 lokasi ‘smart lane’ atau lorong pintar sepanjang musim perayaan Deepavali bagi memudahkan pergerakan pengguna di kawasan yang telah dikenal pasti mengalami masalah kesesakan trafik kritikal, bermula esok.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Sektor Dasar dan Pembangunan), Datuk Zahrul Hakim Abdullah berkata, pengaktifan itu adalah tambahan kepada lokasi lorong pintar sedia ada yang dilaksanakan sempena musim perayaan sebelum ini.

Lokasi lorong itu antaranya terletak di Gua Tempurung-Gopeng Kilometer (KM) 303.2-KM297 (arah utara) dan Slim River-Sungkai KM3673- N4354 (arah utara) bagi kawasan wilayah tengah, Bandar Cassia-Hentian Sebelah Sungi Bakap KM155.5-KM157.2 (arah selatan) di wilayah utara, serta Port Dickson-Seremban di KM260-KM263.1 (arah utara) dan Ayer Keroh-Hentian Sebelah Kampung Bemban KM194.5-KM184 (arah selatan) bagi wilayah selatan.

“Tempoh pembukaan lorong pintar bergantung kepada lokasi kerana untuk kawasan yang dalam keadaan gelap, ia diaktifkan hingga 10 malam tetapi pengaktifan lorong akan bermula pada Rabu ini hingga Ahad,” katanya selepas meninjau persediaan PLUS sempena perayaan Deepavali di Pusat Pemantauan Trafik Plus di Menara Persada PLUS, semalam.

Zahrul Hakim berkata, bagi mengelakkan salah faham pengguna mengenai pengaktifan laluan tersebut, PLUS akan meletakkan papan tanda makluman di lokasi terlibat bagi mengelakkan insiden kemalangan terutama melibatkan motosikal.

“Kita berharap pengguna akan sentiasa bertimbang rasa dan memandu dalam had yang ditetapkan kerana dijangkakan aliran trafik meningkat daripada 1.8 juta kenderaan pada hari biasa kepada 2.1 juta sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

Related Posts

Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar