
APAKAH itu Program MyschoolBus@Wilayah?
Program bas sekolah percuma atau MyschoolBus@Wilayah yang telah dijalankan sejak Januari 2017, bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam kalangan miskin bandar untuk menghantar anak ke sekolah malah turut memberi manfaat kepada 107 pengendali bas sekolah yang menjadi nadi utama kepada perkhidmatan pengangkutan di sekolah.
Dengan peruntukan sebanyak RM12 juta ke RM15 juta setahun, program ini mensasarkan seramai 10,000 orang pelajar yang akan menggunakan perkhidmatan bas percuma setiap bulan yang ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengenalan
Program MySchoolBus @ Wilayah merupakan inisiatif Pembasmian Miskin Bandar yang telah bermula sejak tahun 2017 dan permintaan terhadap program ini amat memberangsangkan melalui peningkatan permohonan yang diterima setiap tahun.
Program ini pada asalnya dikenali sebagai Program Bantuan Bas Sekolah Percuma telah dijenamakan semula dengan tema yang baharu iaitu Program Usaha Jaya Insan (PUJI) di bawah elemen IHSAN @ PUJI.
Syarat Permohonan
1. Ibu bapa atau penjaga berdaftar dan pelajar adalah WARGANEGARA MALAYSIA.
2. Jumlah pendapatan kasar isi rumah RM6,000 dan ke bawah.
3. Tuan/Puan dikehendaki menghantar borang permohonan yang diisi dengan lengkap dan salinan dokumen.
4. Borang permohonan yang tidak lengkap dan maklumat palsu yang diberikan tidak akan diproses.
5. Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran atau pemohon akan dihubungi melalui nombor telefon yang didaftarkan semasa proses permohonan pada bulan Februari 2025.
6. Pemohon memberi kebenaran kepada DBKL untuk memproses data peribadi yang dikemukakan di dalam borang permohonan ini, termasuk mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan serta menzahirkan data peribadi kepada mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh DBKL selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan perundangan subsidiarinya.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan TERKINI yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 atau setaraf dengannya kepada Pejabat Kecil Perumahan / Pejabat Pengurusan Zon masing-masing. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
a) Salinan Sijil Kelahiran Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);
b) Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa;
c) Salinan Slip Gaji Terkini Ibu dan Bapa;
d) Salinan Bil Elektrik Terkini / Bil Air Terkini;
e) Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN (jika berkaitan);
f) Salinan Kad Pengenalan Penjaga (jika berkaitan);
g) Salinan Slip Gaji Terkini Penjaga (jika berkaitan);
h) Surat Akuan Sumpah Bekerja Sendiri atau Tidak Bekerja oleh Pesuruhjaya Sumpah (jika berkaitan);
i) Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN (jika berkaitan);
j) Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah (jika berkaitan);
k) Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN (jika berkaitan);
l) Salinan Perjanjian Sewa Rumah (jika berkaitan).
Cara Membuat Permohonan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, DBKL membuka permohonan kepada pelajar untuk menyertai Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus@Wilayah di Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL dan Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL untuk pendaftaran baharu sesi persekolahan tahun 2025/2026.
Untuk makluman tuan/puan, permohonan ini dibuka mulai 1 OKTOBER 2024 (SELASA) HINGGA 15 DISEMBER 2024 (AHAD). Borang yang tidak lengkap dan dihantar selepas tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DITERIMA oleh pihak urus setia. Borang permohonan untuk menyertai program ini adalah seperti di pautan berikut:
Program bas sekolah percuma ini terbuka kepada dua kumpulan pelajar iaitu pelajar yang tinggal di Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL dan Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL.
Klik di sini untuk Permohonan Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus@Wilayah di Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL bagi tahun 2025/2026:
Klik di sini untuk Permohonan Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus@Wilayah Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL bagi tahun 2025/2026: https://www.dbkl.gov.my/notis-pemakluman-pendaftaran-penyertaan-pelajar-bagi-program-bas-sekolah-percuma-myschoolbus-di-perumahan-swasta-dbkl-bagi-tahun-2025-2026/
Tatacara Permohonan
Pemohon perlu memuat naik borang permohonan daripada pautan di atas dan melengkapkan borang permohonan sebelum menghantar borang yang telah lengkap berserta dokumen sokongan ke Pejabat Cawangan DBKL seperti alamat berikut:
- Alamat Pejabat Cawangan Cheras: No. 22 & 24, Blok A, Jalan 5/101C, Off Jalan Kaskas, Cheras Business Centre, 56100 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-9130 2507
- Alamat Pejabat Cawangan Batu: No. 2, Jalan 13/48A, Sentul Raya Boulevard, Off Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-4044 8158
- Alamat Pejabat Cawangan Lembah Pantai: No. 267, Tingkat 2, Kompleks Tun Sambathan, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-2274 9363
- Alamat Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak: Jalan Jujur 3, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-9171 2035 / 1575 / 1889
- Alamat Pejabat Cawangan Kepong: Dewan Masyarakat Seri Delima, Jalan Jambu Jertih, Jinjang Selatan, 52000 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-6179 6111
- Alamat Pejabat Cawangan Segambut: No. 8, Changkat Abang Haji Openg, Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-7728 2277
- Alamat Pejabat Cawangan Seputeh: No. 43 & 45, Jalan 10/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kelang Lama, 58200 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-7982 6177
- Alamat Pejabat Cawangan Titiwangsa: No. 28 – 32, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-9200 8769 / 8179
- Alamat Pejabat Cawangan Setiawangsa: No. 1, Jalan Wangsa Delima 13 D’Wangsa, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-4142 2740
- Alamat Pejabat Cawangan Wangsa Maju: Tingkat 5, Plaza Sungai Mulia, No. 224, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur. No. Tel : 03-4032 9200
Senarai Kawasan Program Bas Sekolah Percuma MySchoolBus@Wilayah di Perumahan Awam (PA) / Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL dan Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL











