1,000 rakyat Palestin terkorban dalam kepungan tiga minggu berturut-turut Israel

GAZA – Sekurang-kurangnya 1,000 warga Palestin telah terkorban manakala kira-kira 200,000 penduduk Jabalia, Beit Lahia dan Beit Hanoun dikepung tanpa bekalan keperluan asas selama tiga minggu berturut-turut, dan terpaksa menjadi pelarian akibat pengeboman tanpa henti rejim Israel di wilayah itu.

Menerusi perkongsian video Mahmoud Bassal, jurucakap Pertahanan Awam Palestin berkata, tentera Israel telah membunuh lebih 1,000 rakyat Palestin semasa serangan tenteranya selama tiga minggu yang berterusan di utara Gaza, lapor Anadolu.

“Lebih 100,000 rakyat Palestin di kawasan Jabalia, Beit Hanoun, dan Beit Lahia mengalami pengepungan dan pengeboman Israel, manakala separuh lagi penduduk, yang berjumlah kira-kira 200,000, telah dipindahkan secara paksa ke Kota Gaza, kawasan terdekat dengan utara.

“Tentera Israel membunuh sesiapa sahaja yang cuba memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang terperangkap di utara Semenanjung Gaza, yang mana terseksa dengan kekurangan air, ubat-ubatan, dan makanan.

“Rejim Israel sedang melakukan pembersihan etnik secara besar-besaran di utara Gaza, namun tiada yang sudi membantu mereka di tengah-tengah kesunyian antarabangsa,” keluh Bassal.

Beliau menggesa pertubuhan antarabangsa dan kemanusiaan untuk segera bertindak bagi menyelamatkan rakyat Palestin di utara Gaza.

Tentera Israel meneruskan serangan yang dahsyat di Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lalu, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini