Sanusi boleh lancar tabung derma tampung atlet Sukma

SUNGAI PETANI – Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainop Abidin mencadangkan agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melancarkan tabung derma bagi menampung perbelanjaan atlet Sukma negeri itu ke Sarawak.

“Sanusi, sila buat tabung segera. Saya tidak pasti sama ada YAB Menteri Besar Negeri Kedah itu main-main atau serius, akan tetapi perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku.

“Sekiranya, YAB Menteri Besar betul-betul tiada peruntukan, saya mencadangkan untuk Kerajaan Negeri Kedah segera lancarkan tabung untuk menampung perbelanjaan atlet di sana,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Kutipan tabung tersebut menurut Shaiful Hazizy boleh dibuat ke atas rakyat negeri itu, syarikat-syarikat serta mana-mana entiti swasta di Kedah.

Pada 10 Julai lalu, Sanusi berkata, beliau berharap Sarawak dapat menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri Kedah untuk menyertai Sukma XXI di Sarawak.

Beliau dilapor berkata, ia bagi meringankan beban yang ditanggung untuk mendapatkan tiket penerbangan pegawai dan atlet serta membawa peralatan.

Sementara itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, permintaan yang dibuat oleh Sanusi mengenai perkara itu merupakan satu gurauan.

Menurut Abdul Karim, Sanusi sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu sebagai satu gurauan.

Justeru katanya, tidak timbul sebarang masalah dengan Kedah menjelang temasya sukan terbesar Malaysia itu pada 17 hingga 24 Ogos ini dengan menghantar lebih 500 atlet untuk bersama memeriahkan Sukma XXI.

Untuk rekod, kutipan awam dari kalangan ahli parti dan penyokong melalui tabung derma perkara sinonim dengan PAS sejak parti itu mula-mula ditubuhkan.

Related Posts

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

KUCHING – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan sarang burung walit haram di Sarawak dengan nilai rampasan mencecah RM81.8 juta. Pengarahnya, CP Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX