Kalau PN jadi kerajaan baru nak bentang, itu bukan belanjawan alternatif

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof mempersoalkan tindakan Perikatan Nasional (PN) yang tidak pernah membentangkan belanjawan alternatif seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang sebagai saingan kepada belanjawan kerajaan.

Beliau berkata, belanjawan bayangan daripada pembangkang itu penting sebagai sebahagian langkah semak dan imbang kepada kerajaan melalui cadangan yang membantu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, tindakan pembangkang itu bukan sahaja memperlihatkan kelemahan dalam memahami permasalahan negara, malah memperlihatkan sikap tidak serius dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Mereka tiada visi, tiada apa nak buat dan bila orang tanya apa belanjawan alternatif PN, dia kata tunggu kami jadi kerajaan. Ini jawapan yang amat memalukan sebab sepanjang khidmat saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang sejak 2008 hingga 2018, setiap kali kerajaan bentang bajet, Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan bajet alternatif.

“Kami PH ketika menjadi pembangkang ataupun ketika masa Pakatan Rakyat (PR), setiap kali pembentangan bajet daripada kerajaan, kita akan keluarkan keluarkan bajet alternatif, dan kita berbahas serta berhujah di Dewan Rakyat, menggunakan bajet kita sebagai ‘benchmark’ untuk mengkritik apa bajet yang dibentang oleh kerajaan waktu itu.

“Tiga kali dah kerajaan (Madani) bentang belanjawan namun sampai sekarang tiada bajet alternatif dari pembangkang. Kalau (PN) tunggu jadi kerajaan, itu bukan namanya belanjawan alternatif sebab memang kerajaan perlu membentangkan bajet. Inilah level kualiti yang dimiliki pembangkang hari ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Sehubungan itu, Mujahid menegaskan
pembangkang supaya lebih bertanggungjawab dalam menjalankan peranan mereka, bukannya sekadar berteriak tanpa cadangan konkrit yang tidak akan membawa manfaat kepada rakyat.

“Jadilah pembangkang yang konstruktif, bukannya yang cakap ketimbang ini makna kencing, menipu selain bila Perdana Menteri nak menunjukkan contoh baik tidak mengambil gaji dia pun pertikai sehingga sanggup menggunakan nama Rasul dan Malaikat.

“Pembangkang hari ini (lebih gemar) menjerit-jerit, mengkritik namun tanpa idea yang holisitik, ini amat malang untuk semua. Bagi saya kalau letak harapan kepada tunggang agama, apa nak diharapkan lagi kerana kita boleh saksikan gaya kerja mereka,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti pembangkang, khususnya PN tidak perlu membentangkan bajet bayangan mereka, susulan perkara itu akan terjadi selepas gabungan itu mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan persekutuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, peranan semak dan imbang pembangkang bukan dilaksanakan melalui penyediaan bajet bayangan.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala