Warga emas bersama adik, rakan tekad kayuh basikal ke Makkah

ALOR SETAR – Seorang warga emas berusia 71 tahun tekad untuk melakukan kayuhan basikal sejauh kira-kira
6,000 kilometer (km) dari Malaysia ke Makkah bersama adik dan rakannya yang dijangka mengambil masa selama enam bulan.

Ketua Misi Kembara Berbasikal ke Makkah, Dahalan Yahaya, 71, berkata, dia melakukan kayuhan basikal itu bersama adik lelakinya, Zam, 61, dan rakannya, Ahmad Zulkifli Ahmad, 56.

Menurutnya, mereka akan melalui beberapa negara sepanjang perjalanan termasuklah merentasi sempadan Malaysia-Thailand di Danok sebelum ke Bangkok, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dijanga tiba di Arab Saudi pada bulan Ramadan nanti.

“Untuk misi kayuhan ke Makkah ini, kami telah membuat latihan sejak dua tahun lepas lagi dengan kami berbasikal pusing (satu) Malaysia.

“Kami juga akan pastikan untuk mengayuh (basikal) setiap hari untuk memastikan tahap stamina dan kekuatan berada pada tahap maksimum,” katanya pada Majlis Pelepasan Kembara Anak Kedah ke Makkah di pekarangan Pejabat Penawar Industries Sdn Bhd (Rojam) di Shahab Perdana, di sini, hari ini.

Sebelum itu, peserta Kembara Berbasikal Anak Kedah ke Makkah diiringi tiga pengayuh basikal lain termasuklah dari Rojam bermula dari Alor Setar sehingga ke Bangkok, Thailand sebagai tanda sokongan kepada peserta.

Beliau menambah, mereka mendapat idea untuk berbasikal ke Makkah selepas melihat pasangan suami isteri, Ahmad Mohd Isa, 36, dan Noradilah Mohd Sapie, 37, berjaya mengayuh basikal sebanyak dua kali sehingga ke Makkah pada 2016 dan 2023.

Sementara itu, Zam berkata, dia menyertai kembara berkenaan selepas dipujuk oleh abang ketiganya itu sebelum bersetuju selepas berfikir selama beberapa bulan.

Menurut anak ketujuh daripada 12 beradik itu, mereka bertiga akan bermalam di masjid ataupun surau sepanjang misi menuju ke Makkah, namun akan memasang khemah sekiranya tiada tempat untuk bermalam.

Tambahnya, mereka tidak boleh masuk ke Myanmar dan Bangladesh melalui jalan darat kerana pintu sempadan ditutup, sekaligus terpaksa menaiki kapal terbang ke New Delhi, India nanti.

Bagaimanapun, katanya, mereka akan meneruskan kayuhan di beberapa negara lagi seperti India, Pakistan, Iran sebelum menaiki feri untuk ke UAE dan dijangka tiba di Arab Saudi.

Menurutnya lagi, mereka telah membuat pelbagai persiapan sejak dua tahun lepas terutamanya dari segi kesihatan, fizikal dan mental, selain dokumentasi, kayuhan serta mengkaji laluan perjalanan yang digunakan sepanjang kembara itu.

Zam berkata, mereka akan menggunakan buku log dan laluan sama digunakan seorang rakyat Malaysia yang berjaya sampai ke Makkah dengan mengayuh basikal sebelum ini.

“Kami juga akan menghubungi kedutaan Malaysia di semua negara yang terlibat untuk mendapatkan maklumat maklumat penting yang diperlukan,” katanya.

Sehubungan itu, dia berharap kayuhan basikal ke Makkah ini dilakukan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menunaikan umrah dan haji pada usia muda dengan apa cara sekalipun.

Related Posts

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

KOTA KINABALU – Umat Islam di negeri ini diseru agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

KUANTAN – Seluruh rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini diseru memelihara perpaduan dan mengelakkan sebarang perpecahan yang boleh meretakkan keharmonian masyarakat. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran