KPDN Perak cekup 2 lelaki Thailand cuba seludup 80 peket minyak masak 1kg

GERIK – Percubaan dua lelaki warga Thailand menyeludup 80 peket minyak masak 1 kilogram (kg) ke negara tersebut gagal apabila mereka berjaya ditahan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak pada Selasa.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pada hari berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Gerik menerima satu serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu kira-kira jam 10 pagi.

Menurut beliau, ia melibatkan individu yang disyaki cuba menyeleweng minyak masak peket 1kg untuk dibawa ke Thailand melalui pintu keluar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu.

“Dua lelaki warga Thailand yang kedua-duanya berusia 47 tahun ditahan selepas disyaki cuba membawa keluar barang kawalan minyak masak peket 1kg ke negara jiran.

“Pemeriksaan awal oleh pegawai KPDN Cawangan Gerik mendapati kedua-dua suspek tersebut tidak mempunyai kebenaran untuk membawa keluar barang kawalan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Jelas Kamalludin, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Di mana akta ini memperuntukkan hukuman terhadap seseorang, selain dari badan korporat, tetapi termasuk pengarah atau pegawai sesuatu badan korporat jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

“Manakala mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta sama, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” ujarnya lagi.

Beliau turut menegaskan, bahawa KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan dan akan memastikan tindakan lebih tegas termasuklah pendakwaan di mahkamah.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak