Cukai minuman bergula naik 40 sen

BELANJAWAN 2025 mencadangkan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari tahun depan sebanyak 40 sen seliter, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi menyokong gerakan War on Sugar kerana Malaysia merupakan antara negara dengan rakyat paling obes di rantau Asia Tenggara dengan salah satu musuh utama penyakit tidak berjangkit ialah gula.

Anwar berkata, tambahan hasil yang diraih daripada langkah itu akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam antaranya meliputi penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi kegunaan rawatan diabetes.

Selain itu, katanya, tambahan hasil tersebut juga bagi penyediaan rawatan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir kepada lebih banyak pesakit selain Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang turut menambah baik pusat dialisis agensi tersebut.

“Sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, RM27 juta disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga bercadang memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan perubatan meliputi bayaran ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit sebagai langkah ke arah amalan penjagaan kesihatan kendiri.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan Ikhtiar Rakan Kementerian Kesihatan (KKM) melibatkan kerjasama GLIC bagi menyediakan pilihan perkhidmatan kesihatan berbayar pada kadar berpatutan kepada pesakit.

“Pelaksanaan ini akan bermula di lima hospital KKM yang mempunyai permintaan tinggi serta infrastruktur sesuai seperti Hospital Cyberjaya dengan peruntukan awal RM25 juta,” katanya.

Related Posts

Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan

PUTRAJAYA – Lebih 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya hari ini, sekali gus menyemarakkan suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-69. Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Zahid sifatkan persembahan Hari Kebangsaan 2026 terbaik

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiahkan pujian kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran Hari Kebangsaan 2026 yang diadakan di Dataran Putrajaya, pada Isnin dengan menyifatkan persembahan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan

Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan

Anwar, Zahid sifatkan persembahan Hari Kebangsaan 2026 terbaik

Anwar, Zahid sifatkan persembahan Hari Kebangsaan 2026 terbaik

Anwar luang masa sapa peserta grafik manusia, pengunjung Hari Kebangsaan 2026

Anwar luang masa sapa peserta grafik manusia, pengunjung Hari Kebangsaan 2026

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar

Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar