Penyasaran subsidi petrol RON95 dilaksana pertengahan 2025 – Anwar

KERAJAAN bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

“Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

“Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

“Maknanya, kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat,” kata Anwar.

Menurut beliau, kenyataan yang tidak dapat dimungkiri adalah bahawasanya, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

“Seyogia diperingatkan bahawa dana RM8 bilion ini lebih baik dimanfaatkan.

“Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM 2.05 sen rketimbang negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66).

“Harga yang rendah menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah 20 bilion ringgit,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Belanjawan 2025, Di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Namun kata Anwar, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan.

Related Posts

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat pencapaian bersejarah menerusi penerbitan Sukuk Global bernilai AS$1.5 bilion apabila merekodkan spread terendah pernah dicapai bagi terbitan sukuk antarabangsa negara. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL bantu perkukuh ekosistem ekonomi Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka memberi manfaat besar kepada usahawan dalam meluaskan pasaran selain memperkukuh pertumbuhan ekonomi khususnya di Pantai Timur. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang