Isu ‘counter setting’ jadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

PUTRAJAYA – Sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi mengatur kaunter atau counter setting didalangi penguat kuasa agensi bertugas di pintu masuk udara negara antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen memaparkan perkara itu dikemukakan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) kepada Menteri Dalam Negeri, yang ingin tahu mengenai langkah tegas kerajaan berhubung perkara berkenaan pada sesi soal jawab lisan.

Turut menarik perhatian ialah isu pendidikan dibangkitkan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai perkembangan usaha membangunkan kemahiran digital pelajar serta kekangan peralatan di sekolah luar bandar.

Hassan Saad (PN-Baling) pula meminta Menteri Pendidikan menyatakan usaha mengenal pasti punca pelajar tidak hadir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta langkah memastikan golongan itu tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan.

Dewan Rakyat kemudiannya akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan menurunkan had umur untuk memohon kewarganegaraan daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 35 hari hingga 12 Disember.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

KUALA LUMPUR – Semua kementerian dan jabatan kerajaan perlu mempercepatkan persiapan pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027 bagi memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat seawal tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

USAHA memperkasakan pendidikan digital selari dengan aspirasi Belanjawan MADANI 2027 turut mendapat sokongan menerusi inisiatif TAVIS Education yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma bagi membantu pelajar menguasai pelajaran dengan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu