PM sampai sumbangan kepada 100 pelajar Tambun layak ke IPT

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada 100 pelajar di Parlimen Tambun yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim berkata, pelajar dalam kalangan keluarga B40 itu menerima RM500 setiap seorang.

“Sumbangan ini bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup keluarga pelajar yang dibantu agar mereka turut mendapat kualiti pendidikan sama seperti mereka yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Kamil berkata, sumbangan itu juga diharap mampu memberi suntikan motivasi pelajar dalam meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

“Perdana Menteri melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun komited untuk membantu golongan pelajar menerusi pelbagai inisiatif berlandaskan aspek pembangunan program, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa di negara ini,” katanya.

Muhammad Kamil berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berterusan dan memfokuskan kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

  • By Ynom
  • May 5, 2026
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah