PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) yakin mampu mencipta perubahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 dengan mengemukakan tawaran pentadbiran berlandaskan rekod prestasi dan pengalaman terbukti.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, gabungan itu tidak hadir dengan tangan kosong, sebaliknya membawa harapan baharu disokong bukti pentadbiran di pelbagai peringkat termasuk di Melaka sendiri.

Menurutnya, tanggapan bahawa Melaka kekal sebagai kubu kuat UMNO dan sukar untuk berubah perlu ditolak, memandangkan keputusan pilihan raya sebelum ini jelas membuktikan rakyat berani melakukan anjakan politik.

“PH tidak datang dengan tangan kosong. Kita datang membawa harapan, bukti dan juga pengalaman, termasuk pengalaman mentadbir di negeri Melaka.

“Saya sebagai Pengarah Pilihan Raya PH mempunyai keyakinan penuh bahawa Melaka boleh melakukan perubahan dengan memberikan mandat kepada PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH sempena PRN Melaka Ke-16 di pekarangan Stadium Hang Jebat, di sini, malam ini.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PH membawa gagasan besar untuk menjadikan Melaka sebagai negeri milik bersama, di mana tiada rakyat terpinggir tanpa mengira latar belakang.

Katanya, prinsip pentadbiran PH adalah memastikan pembangunan seimbang, di mana kemakmuran ekonomi diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.

“Ketika kita membangunkan Melaka, kita tidak mahu ada yang tercicir.

“Pelancongan dan pelaburan mesti berkembang, tetapi pada masa sama rakyat Melaka perlu hidup dengan selesa, aman dan makmur.

“Yang susah kita bantu, yang mahu belajar kita sokong. Itu tawaran PH untuk Melaka,” ujarnya.

Related Posts

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon daripada tiga parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, tujuh calon lebih rendah berbanding jumlah yang ditandingi gabungan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

PAS sepatutnya mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu bagi mengelakkan kemelut dalaman berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus