Lebih baik kerajaan tanggung beban subsidi daripada rakyat menderita – Anwar

MELAKA – Kerajaan MADANI akan terus mempertahankan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter menerusi inisiatif BUDI95 meskipun kos subsidi minyak negara diunjurkan mencecah sehingga RM45 bilion setahun susulan kenaikan harga minyak dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berpandangan lebih baik kerajaan menanggung beban subsidi berbanding membiarkan rakyat, khususnya ibu bapa, berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurut beliau, harga minyak dunia ketika ini mencecah sekitar AS$130 setong, sekali gus memberi kesan kepada banyak negara di seluruh dunia.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan MADANI tetap komited melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga bahan api melalui pengekalan harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter.

“Ada suara yang menyifatkan pemberian subsidi ini mengajar rakyat jadi malas, dan ada pula yang mengatakan lonjakan subsidi ini akan membebankan kerajaan.

“Pendirian Kerajaan MADANI jelas, lebih baik kerajaan yang menanggung beban daripada membiarkan rakyat dan ibu bapa kita yang menanggung derita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih MADANI dan melancarkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) di Melaka hari ini.

Anwar berkata, kerajaan memahami kepentingan bahan api dalam kehidupan seharian rakyat, termasuk untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan kesihatan.

Justeru, katanya, setiap kenaikan harga minyak akan memberi kesan langsung kepada perbelanjaan keluarga, sekali gus menambah beban yang perlu ditanggung oleh rakyat.

Menurut beliau, usaha memacu kemajuan negara perlu dilaksanakan seiring dengan keutamaan terhadap kebajikan rakyat supaya kemakmuran negara dapat diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih baik dan bermaruah.

“Tatkala kita memacu kemajuan negara, kebajikan rakyat mesti terus diutamakan agar segala kemakmuran diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pelancaran NCLAP30 merupakan antara usaha kerajaan menangani tekanan kos sara hidup, selain memperluas pelaksanaan Jualan Rahmah dengan penglibatan lebih ramai petani, nelayan dan pekebun.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang terus turun padang bagi membantu meringankan beban rakyat.

Beliau berkata, kerajaan akan terus berusaha memastikan keluarga, khususnya ibu bapa, dapat mengurus keperluan harian dan persekolahan anak-anak dengan lebih tenang.

Katanya, pengorbanan rakyat dalam mencari rezeki dan membesarkan keluarga perlu dihargai menerusi dasar serta tindakan yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Related Posts

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon daripada tiga parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, tujuh calon lebih rendah berbanding jumlah yang ditandingi gabungan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sumber air Sarawak berpotensi pacu industri semikonduktor, AI – Abang Johari

EVELINE B. & NANA MOHAMAD SIBU – Kekayaan sumber air sungai di Sarawak berpotensi menjadi pemangkin pembangunan industri teknologi tinggi, khususnya semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan termaju. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus