FOMO, FYP jangan sampai hilang keyakinan diri – Amirudin

BANGI – Rakyat Malaysia diseru supaya terus memelihara perpaduan, meraikan kepelbagaian kaum dan budaya serta tidak mudah terpengaruh dengan naratif kebencian yang boleh menggugat keharmonian negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbezaan latar belakang, bahasa dan budaya seharusnya diraikan sebagai kekuatan negara, bukannya dijadikan alasan untuk mencetuskan perselisihan.

Beliau berkata, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dan membawa kemajuan, bukannya mengalihkan kesalahan kepada pihak lain sehingga isu sebenar terus berlarutan.

“Rakyat pelbagai kaum terima kemajuan, fokus bukan alih masalah pada lain tapi selesaikan masalah

“Sentiasa bermuhasabah dan melaksanakan segala usaha dengan cita-cita serta hasrat yang jelas,” katanya dalam ucapan perasmian pada Program MADANI Kita Sungai Ramal, dekat sini, pada Sabtu.

Amirudin turut mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terikut-ikut dengan pengaruh semasa, termasuk budaya media sosial yang mendorong masyarakat menjadi pengguna kandungan semata-mata tanpa berusaha menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.

Katanya, fenomena mengikut trend atau fear of missing out (FOMO), termasuk budaya kandungan tular di platform media sosial, perlu ditangani dengan membina pemikiran kritis dan keyakinan terhadap kemampuan diri.

Beliau berkata, keadaan geopolitik dunia yang semakin mencabar juga menuntut rakyat mempunyai keyakinan terhadap negara sendiri supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai bentuk manipulasi.

Selain itu, katanya program yang dilaksanakan kerajaan seharusnya membawa makna kepada harapan rakyat, selain memastikan dasar yang dirancang dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan yang berkesan.

“Menjelang akhir tahun 2026, diharap mampu harungi cabaran membentuk negara bangsa, peribadi dan rakyat supaya boleh hidup bersatu padu.

“Kita sedar perbezaan tapi mahu hidup harmoni. Yang diberi hak sebagai kerajaan, sebuah negara tadbir rakyat, boleh betulkan kesilapan, kedudukan lebih baik,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan PMK sambil berharap usaha itu dapat menyemarakkan rasa bangga terhadap negara dan tanggungjawab bersama dalam mempertahankan keharmonian Malaysia.

Related Posts

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon daripada tiga parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, tujuh calon lebih rendah berbanding jumlah yang ditandingi gabungan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih baik kerajaan tanggung beban subsidi daripada rakyat menderita – Anwar

MELAKA – Kerajaan MADANI akan terus mempertahankan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter menerusi inisiatif BUDI95 meskipun kos subsidi minyak negara diunjurkan mencecah sehingga RM45 bilion setahun susulan kenaikan harga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus