Kapal nelayan Vietnam ditahan cuba ceroboh perairan negara

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Miri berjaya menahan sebuah vesel nelayan asing dari Vietnam yang dikesan menceroboh perairan negara, kira-kira 174 batu nautika dari barat laut Tanjung Baram.

Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, tangkapan ini dilakukan melalui operasi khas termasuk Op Raja Laut, Op Permai, Op Naga Timur, dan Op Tiris.

“Kapal nelayan tersebut pada mulanya enggan memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri, namun tindakan pantas pihak maritim berjaya memintas dan menghentikannya melalui teknik ‘force boarding’,” jelas beliau.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kapal tersebut berasal dari Vietnam, dengan empat awak-awak dan seorang tekong berusia antara 35 hingga 55 tahun disyaki warganegara Vietnam.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mereka. Rampasan hasil tangkapan yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta dilakukan, dan kapal tersebut diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Miri untuk tindakan lanjut,” kata beliau lagi.

Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985. Tekong kapal boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta, manakala awak-awak boleh didenda sehingga RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

APMM menegaskan pihaknya akan meneruskan operasi menghalang pencerobohan kapal nelayan asing dan aktiviti jenayah di perairan negara.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil